Utama Isnin, 23 April 2018 | Unit Pusat Sumber | Agensi Antidadah Kebangsaan Carian

Berita Harian/Berita Mingguan

Bapa buat petisyen bawa anak pulang

SEREMBAN - Jamaluddin Malek, bapa kepada Marina yang menjadi keldai dadah yang ditahan dipenjara di Nepal giat mengumpulkan tandatangan orang ramai bagi menyokong petisyen meminta kerajaan negara itu mempertimbangkan membenarkan anaknya menjalani baki hukuman penjara 17 tahun lagi di Malaysia.

19/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Lelaki ditahan, dadah 8.09kg dirampas

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki sindiket pengedaran dadah dan merampas sepucuk pistol bersama 54 butir peluru hidup dan 8.09kg dadah jenis syabu di sebuah rumah kedai di Tangkak pada 11 April lalu.

16/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

2 sahabat dihukum gantung

JOHOR BAHRU - Dua sahabat, Taza Tarji, 23, dan Herman, 34, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 5.49 kilogram dua tahun lalu. Berdasarkan pertuduhan, Taza yang bekerja sebagai pelayan,...

13/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Sindiket dadah tumpas, syabu RM15,312 dirampas

SEREMBAN - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang aktif di sekitar Port Dickson, dengan penangkapan empat suspek dalam beberapa serbuan di sekitar daerah ini, kelmarin. semua suspek ditahan hasil serbuan yang dilakukan di sebuah rumah, premis perniagaan dan kolam ikan di sek...

13/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Dua ditahan miliki syabu, senapang patah tanpa leses

RAWANG - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di Jalan Hijau 6/11, Bandar Tasik Puteri, dekat sini, Isnin lalu, selepas menemui selaras senapang patah dan satu paket syabu di kediaman mereka. Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, polis turut menemui empat peluru d...

13/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Kekang ketum, gam elak remaja terjebak dadah

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Izhar Abu Talib berkata pengambilan bahan pemula seperti ganja, ketum, gam dan tuak sebagai perangsang dalam kalangan remaja dan pelajar perlu dikekang bagi mengelak golongan itu terjebak ketagihan dadah berisiko.

13/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

ICA Singapura tahan rakyat kita

JOHOR BAHRU - Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menahan seorang wanita tempatan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh dadah selepas gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

12/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Sofi Jikan hantar representasi gugur pertuduhan

PETALING JAYA - Pelakon Sofi Jikan, sudah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan pertuduhan mengambil ganja yang dihadapinya Februari lalu. Pada 13 Februari lalu, Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau TH...

12/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Pulau Pinang sarang penagih

KUALA LUMPUR - Pulau Pinang terus menjadi 'sarang' penagih dadah apabila mencatatkan jumlah penagih tertinggi yang dikesan AADK sejak lima tahun lalu. Rekod AADK menunjukkan 19,026 penagih dadah kategori baharu dan berulang dikesan di negeri itu antara 2013 hingga tahun lalu.

12/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

‘Tokan’ janji upah lumayan

KUALA LUMPUR - Sindiket dadah dikesan mempergunakan pelajar untuk mengedar dan menjual bahan terlarang berkenaan kepada penagih, terutama rakan sebaya. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datuk Izhar Abu Talib berkata remaja dan pelajar yang dipergunakan sindiket atau tokan dadah dijanjika...

12/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Guru ‘gian’ ditahan sedang gulung rokok berisi ganja

KAMPUNG GAJAH - Seorang guru ditahan polis yang menyerbunya ketika sedang asyik membalut rokok daun disyaki berisi ganja di sebuah rumah dekat Taman Changkat Lada Raya, di sini tengah malam tadi. Dalam serbuan jam 12.45 tengah malam itu, penjawat awam berusia 45 tahun berkenaan diberkas ketika se...

11/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Biar polis siasat kes penahanan Rizalman: TPM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan melakukan siasatan berhubung penahanan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, berhubung penyalahgunaan dadah, kelmarin. Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan terperinci itu dilakukan oleh Jabatan Siasa...

05/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Tiga rakan edar Eramin 5 dihukum gantung

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengedar lapan kilogram (kg) dadah jenis Nimetazepam (Erimin 5) yang ditemui dalam 191 gulungan kain, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian, hari ini, terhad...

05/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Malaysia tahan 452 keldai dadah sejak 2010

KUALA LUMPUR - Seramai 452 keldai dadah ditahan di pintu masuk Malaysia bagi tempoh antara 2010 hingga 2017.

05/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Bilal disyaki edar heroin diberkas

PENDANG - Seorang bilal masjid disyaki mengedar dadah, ditahan dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar daerah ini yang diadakan dari semalam hingga awal pagi tadi. Ketua Pegawai AADK Daerah Pendang, Ahmad Zaher Hamid, berkata bilal itu ditahan bersama dadah dipercayai jenis her...

05/04/2018 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN