Utama Thursday, 25 April 2024 | Unit Pusat Sumber | Agensi Antidadah Kebangsaan Carian

Berita Harian/Berita Mingguan

Dadah lebih 2 tan dalam bungkusan teh cina

Georgetown - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang mematahkan cubaan menyeludup 2,118 kilogram dadah bernilai RM105.9 juta, di Perairan Pulau Kendi, Teluk Kumbar di sini, 9 Disember lalu. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, be...

14/12/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Didakwa memandu di bawah pengaruh dadah

Rompin - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian dua kakitangan Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP), Isnin lalu. P Kaingeyen, 34, yang beralamat di Kuantan, kira-kira 115 kilometer (km) dari si...

12/12/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Panik anak edar dadah, suri rumah rugi RM30,000

Butterworth - Panik mendengar anak lelakinya ditahan polis kerana kesalahan mengedar dadah, seorang suri rumah membayar RM30,000 untuk mebebaskan anaknya itu. Malangnya, wanita berusia 66 tahun itu diperdaya sindiket Macau Scam dan simpanannya hangus sekelip mata.

10/12/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

RM1.4 juta syabu dirampas

Johor Bahru : Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia, dan merampas dadah jenis Syabu bernilai RM 1.4 juta dalam empat serbuan di daerah ini dan Kota Tinggi. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata serbuan pada kelmarin dan semalam itu, membawa kepada penahanan s...

09/12/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Cubaan seludup dadah di laut, udara gagal

Georgetown - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeludup dadah dianggarkan bernilai RM10.53 juta di Pulau Betong di sini, minggu lalu. Ia adalah rampasan terbesar direkod di Pulau Pinang tahun ini. Dalam pemantauan menerusi Op Pertiwi jam 8.2...

08/12/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Kekalkan kanabis dalam akta dadah tindakan tepat’

Kuala Lumpur - Keputusan Malaysia mengekalkan kanabis dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 ialah tindakan tepat kerana isu penyalahgunaan bahan itu masih berleluasa. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, yang menyokong keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) be...

06/12/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Ganja kekal dikawal Akta Dadah Berbahaya 1952

Putrajaya - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata ganja atau bahan yang berkait dengannya kekal dikawal mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. Beliau berkata, di sebalik keputusan Persidangan Semula Sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik pada 2 Disember lalu, ia tidak mengubah statu...

06/12/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

9 anggota polis edar dadah dalam lokap kena tahan

Johor Bahru - Sembilan anggota polis dan seorang awam ditahan selepas terbabit pengedaran dadah dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, dekat sini, pada 29 November lalu. Penahanan dilakukan susulan ujian saringan air kencing oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kota...

04/12/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Dua rakan didakwa edar 226 kilogram dadah

Kangar - Dua rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dan kanabis, seberat 226 kilogram (kg) pada September lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa ke atas Mohd Zamidi Mat, 31, dan Mohd Fi...

03/12/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Syor ‘halal’ tanam ganja untuk perubatan

Kuala Lumpur - Malaysia wajar mengikuti langkah Thailand yang membenarkan penanaman kanabis atau ganja, bagi tujuan lebih meluas dalam industri perubatan. Pengarah Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr BK Vicknasingam, ketika menyuarakan cadangan itu berka...

30/11/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Panda Akta Racun 1952 kekang tanam, edar ketum

Kuala Lumpur - Usaha mengekang pengedaran ketum, termasuk bagi memenuhi permintaan di sempadan negara sebagai 'ubat khayal' sukar ditangani berikutan kepincangan dalam peruntukan Akta Racun 1952. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata beberapa pindaa...

29/11/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Tindakan Thailand benar tanam kanabis tingkat jenayah

Kuala Lumpur - Keputusan Thailand membenarkan kanabis diusahakan sebagai tanaman kontan bakal mengundang ancaman keselamatan terhadap Malaysia. 'Lampu Hijau' untuk menanam pokok rami secara meluas bagi menampung bekalan industri farnaseutikal, tekstil dan kosmetik di Thailand itu juga dikhuatiri men...

29/11/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Tindakan Thailand benar tanam kanabis tingkat jenayah

Kuala Lumpur - Keputusan Thailand membenarkan kanabis diusahakan sebagai tanaman kontan bakal mengundang ancaman keselamatan terhadap Malaysia. 'Lampu Hijau' untuk menanam pokok rami secara meluas bagi menampung bekalan industri farmaseutikal, tekstil dan kosmetik di Thailand itu juga dikhuatiri men...

29/11/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

Tujuh kena tahan cuba seludup heroin RM18 juta

Padang Terap - Polis Kedah menahan tujuh lelaki, termasuk dua warga tempatan dan lima Thailand kerana disyaki cuba menyeludup masuk heroin bernilai RM18 juta dalam serbun di daerah ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, dalam serbuan pertama polis menahan dua lelaki warga Thailand...

28/11/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN

12 lelaki asyik jual beli dadah kena tahan

Kepala Batas - Aktiviti jual beli dadah secara terang-terangan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Iulah gambaran yang dapat dilihat apabila sepasukan anggota dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menggempur beberapa lokasi di Kuala Muda, Penaga di sini, kelmarin. Dalam operasi selama tujuh jam y...

27/11/2020 | BERITA HARIAN/BERITA MINGGUAN