Utama Thursday, 25 April 2024 | Unit Pusat Sumber | Agensi Antidadah Kebangsaan Carian

Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia

Lelaki ditahan selepas 100km dikejar polis

Seorang lelaki ditahan manakala dua lagi rakannya melarikan diri selepas lori dinaiki mereka dikejar polis kira-kira 100 kilometer (km) di sini semalam.

26/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Kapal selam seludup 800kg kokain

Sebuah kapal selam yang membawa hampir 800 kilogram kokain termasuk bungkusan yang dicop dengan simbol kala jengking berjaya dipintas Tentera Laut Colombia.

24/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Empat polis dipercayai terlibat kes peras ugut tauke ketum

Empat anggota polis ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pemerasan membabitkan peniaga air ketum di Taman Desa Gombak, di sini, November lalu.

24/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Mamat Exist didakwa miliki, guna dadah

Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 46, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah pada 2019.

24/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Aset RM9.72 juta milik Geng Upik disita

Polis menyita pelbagai hartanah, kenderaan mewah, barangan kemas dan wang tunai milik sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dengan nilai mencecah RM9.72 juta.

24/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Lelaki didakwa edar syabu bernilai RM19 juta

Seorang pekerja rencam didakwa di Mahkamah Majistret Kangar semalam atas dakwaan mengedar dadah jenis syabu seberat lebih 528 kilogram (kg) di Hutan Simpan Mata Ayer, Padang Besar, di sini, pada 10 Januari lalu.

24/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Geng jenayah terancang didakwa

Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk bersama 10 individu lain didakwa di Mahkamah Seksyen di sini semalam.

23/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Salah guna dadah, Nam Tae Hyun dan bekas teman wanita terima hukuman

Penyanyi dan penulis lirik, Nam Tae Hyun, Seo Eun Ho dijatuhkan hukuman satu tahun penjara selepas disabit kesalahan penyalahgunaan dadah.

21/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Rumah tepi sawah jadi makmal ubat batuk haram

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya membongkar taktik sindiket yang menjadikan rumah sewa sebagai makmal haram menghasilkan ubat batuk di Sungai Padang, Simpang Empat di sini pada 15 Januari lalu.

20/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Anggota polis nafi terima suapan RM2,000 kes dadah

Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,000, tiga tahun lalu.

18/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Suami isteri terlepas hukuman gantung

Sepasang suami isteri terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar dan memiliki dadah seberat 1,510.69 gram, empat tahun lalu

18/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Dua beranak antara diberkas edar dadah

Seorang ibu dan anaknya antara tiga individu ditahan yang turut membongkar kegiatan sindiket penyeludupan dadah dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri, minggu lalu.

18/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

22 ditahan, RM1.07j rampasan di Perlis

Polis bersama agensi penguatkuasaan lain di ne­geri ini memberi tumpuan menerusi operasi bersepadu bagi mengekang jenayah sempadan khususnya bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah, minyak subsidi, ketum, pemerdagangan manusia dan lain-lain.

17/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

‘Jutawan’ ketum semakin suram?

Pengusaha ketum yang dahulu ada sebilangannya menjadi jutawan kini tidak lagi mewah berikutan daun berkenaan kurang mendapat sambutan khususnya di Thailand yang harganya pernah mencecah sehingga RM180 sekilogram.

16/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA

Syabu RM19 juta disembunyi dalam hutan simpan

Polis mematahkan sindiket penyeludupan syabu apabila merampas 528 kilogram dadah itu bernilai RM19 juta di dalam kawasan Hutan Simpan Persekutuan, Padang Besar di sini, pada Rabu lalu.

16/01/2024 | UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA