Utama Friday, 26 April 2024 | Unit Pusat Sumber | Agensi Antidadah Kebangsaan Carian

Kosmo

Selamba seludup dadah dalam beg

Kegiatan dua buruh binaan menyeludup dadah ke Sarawak dengan menggunakan penerbangan sejak empat bulan lalu terbongkar selepas mereka dicekup di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) 2, Sepang pada Isnin lalu.

25/04/2024 | KOSMO

Dicekup pandu bas sambil layan Tiktok

Tindakan tiga pemandu bas menggunakan telefon bimbit termasuk melayari aplikasi Tiktok ketika mengendalikan kenderaan itu memakan diri apabila disaman RM150 seorang selepas ditangkap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyamar sebagai penumpang.

25/04/2024 | KOSMO

Pemuda dicekup simpan dadah dalam rumah nenek

Tembelang seorang pemuda yang sentiasa 'berduit' walaupun menganggur terbongkar apabila dia ditahan polis kerana disyaki mengambil upah sebagai penjaga stor bekalan dadah di Kampung Paya Datu, Manir di sini.

24/04/2024 | KOSMO

Dipenjara pada hari pertama jadi bapa

Seorang lelaki dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri RM8,540 milik kedai serbaneka bulan lalu.

24/04/2024 | KOSMO

Dadah dibungkus seperti coklat

Cubaan tiga individu untuk mengedar dadah yang dihasilkan dalam bentuk coklat dan dibungkus menyerupai sebuah jenama popular gagal selepas polis menyerbu sebuah rumah di Rossington, Britain.

22/04/2024 | KOSMO

Ambil dadah mahu kejar ‘trip’ raya

Dua pemandu bas ekspres dicekup selepas mengaku mengambil dadah untuk mengelakkan daripada mengantuk dan mengejar ‘trip’ perjalanan semasa bertugas di waktu puncak musim Hari Raya Aidilfitri pada 4 April lalu.

20/04/2024 | KOSMO

Kes rayuan Yasin disebut pada 24 Mei

Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan pengurusan kes rayuan keputusan lepas dan bebas terhadap penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dekat sini, tahun lalu.

20/04/2024 | KOSMO

Cubaan seludup Methamphetamine hampir RM1 juta gagal

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan cubaan menyeludup 30 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine bernilai RM966,976 yang diletakkan di bawah pokok di kawasan perumahan di Bukit Gambir, Gelugor di sini, dua minggu lalu.

20/04/2024 | KOSMO

Bapa didakwa bunuh bayi 6 bulan

Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini semalam atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya sendiri yang berusia enam bulan pada 15 April lalu.

20/04/2024 | KOSMO

‘Saya hampir mati dipukul suami’

Seorang wanita yang juga ibu kepada bayi berusia enam bulan yang mati dibunuh bapa kandungnya sendiri di sebuah pangsapuri di Beranang pada Ahad lalu mengakui turut menjadi mangsa kekejaman lelaki tersebut.

19/04/2024 | KOSMO

Cekik, pukul pemandu teksi 72 tahun sebelum samun

Seorang penjual tisu antara empat ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes rompakan berkumpulan tanpa senjata terhadap seorang pemandu teksi berusia 72 tahun di Jalan Parit Keliling di sini, kelmarin.

19/04/2024 | KOSMO

54 banduan terlepas hukuman mati

Seramai 54 banduan kes dadah dan bunuh terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Mahkamah Tinggi di sini semalam menggantikan hukuman terhadap mereka dengan penjara antara 30 hingga 38 tahun.

19/04/2024 | KOSMO

Bayi dibunuh bapa ketagih syabu

Hanya kerana tidak tahan mendengar tangisan, seorang bapa ketagih syabu menghentak kepala dan menyumbat mulut bayinya dengan kain sehingga mati dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, di sini pada Ahad lalu.

18/04/2024 | KOSMO

Polis Filipina rampas 1,800 kilogram dadah

Polis Filipina merampas 1800 kilogram dadah jenis metamfetamin dan menyifatkan rampasan tersebut sebagai rekod terbesar dalam usaha memerangi bahan terlarang itu, lapor saluran televisyen Channel NewsAsia (CNA) kelmarin.

18/04/2024 | KOSMO

Kokain lebih RM102 juta dalam blok keju

Dua lelaki dihukum penjara selepas polis Britain menemui dadah jenis kokain bernilai £17.2 juta (RM102.4 juta) yang disembunyikan di dalam sebilangan blok keju, lapor akhbar Metro UK.

17/04/2024 | KOSMO