Utama Saturday, 20 April 2024 | Unit Pusat Sumber | Agensi Antidadah Kebangsaan Carian

Kosmo

Senjata tiruan, dadah dirampas

GOMBAK - Polis menahan seorang lelaki dan merampas tiga pucuk senjata tiruan dan 32 peket plastik lutsinar mengandungi kristal disyaki dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lee Kim Sai, Rawang kelmarin.

21/12/2018 | KOSMO

Rampas 302kg ketum dalam bangsar

ALOR SETAR - Anggota 16 RAMD menahan seorang lelaki warga Thailand semasa sedang memunggah sejumlah guni putih di sebuah bangsal kayu di dalam kawasan hutan dekat Padang Terap dan merampas 302kg daun ketum.

20/12/2018 | KOSMO

Wanita ditangkap seludup dadah

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang wanita warga Thailand kerana disyaki cuba menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 2.2 kilogram (kg) ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini Ahad lalu.

20/12/2018 | KOSMO

9 penagih diberkas dalam operasi 7 jam

SEBERANGI PERAI - 9 individu disyaki terlibat dalam penagihan dadah ditahan dalam serbuan di Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor kelmarin. Polis turut merampas sejumlah dadah disyaki heroin dan syabu dipercayai untuk kegunaan sendiri.

19/12/2018 | KOSMO

Penagih tinggalkan anak dalam kereta untuk lepas gian

KAJANG - Dua orang penagih yang membawa anak mereka untuk melepaskan gian antara 64 individu yang ditahan dalam dua serbuan di sekitar kawasan Bandar Rinching dan Kajang Utara semalam. Kesemua penagih ditahan dalam Ops Tapis Khas Daerah Kajang hasil kerjasama JSJN Kajang, IPK Selangor dan AADK.

18/12/2018 | KOSMO

Jurujual diberkas edar syabu, ekstasi bernilai RM505,650

JOHOR BAHRU - Polis Kontinjen Johor berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM601,650 dalam dua serbuan berasing di Taman Perling serta Ulu Tiram di sini pada Selasa dan Khamis lalu. Polis mengesan sebuah Honda Accord di Taman Perling di sini dalam keadaan mencurigakan, dan pemeriksaan ke...

18/12/2018 | KOSMO

Semakin ramai pelajar sekolah tinggi AS hisap vape

WASHINGTON - Kajian menunjukkan peratusan pelajar senior di sekolah tinggi menggunakan rokok electronik atau vape semakin meningkat. Kajian tahunan itu turut mengukur bahan lain termasuk ganja, alkohol dan opioid di sekolah awam dan persendirian di AS.

18/12/2018 | KOSMO

Tentera Thailand rampas lebih 19 juta pil meth

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand merampas lebih 18 juta pil metafetamin atau meth di kawasan Segi Tiga Emas susulan operasi antipenyeludupan dadah di sempadan negara. Dalam rampasan terbaharu, pihak berkuasa merampas sejumlah beg yang tertera logo 999, jenama yang dikaitkan dengan beberapa raja da...

18/12/2018 | KOSMO

345 saman dikeluarkan dalam ops banteras lumba haram

GOMBAK - Dalam satu operasi khas bersepadu Genting yang melibatkan PDRM, AADK, JAS, JPJ dan Jabatan Imigresen, sebanyak 345 saman telah dikeluarkan. 21 individu turut ditahan setelah ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.

17/12/2018 | KOSMO

Penagih dadah mengamuk tidak dapat wang

ALOR SETAR - Tindakan seorang penagih dadah memecahkan barang di dalam rumah selepas ibunya enggan memberikan wang dalam kejadian di Taman Kucai, Lunas, Kulim dekat sini mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kejadia...

12/12/2018 | KOSMO

Gagal seludup ketum ke Thailand

ALOR SETAR - 16 RAMD berjaya mematahkan cubaan menyeludup dua guni daun ketum ke Thailand di kawasan sempadan Malaysia -Thailand di Padang Terap kelmarin.

12/12/2018 | KOSMO

Lelaki miliki pil eramin 5, rempuh Lans Koperal ditahan

KOTA BHARU - Seorang anggota polis Lans Koperal Md. Faizal Md Bakr cedera dirempuh seorang penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Jambatan Pok Nik Lah, Pengkalan Chepa kelmarin. Pemeriksaan keatas penunggang motosikal itu, polis menemui dua biji pil disyaki eramin 5 di dalam poket seluar...

12/12/2018 | KOSMO

Dua pengedar cuba sogok polis ditahan, dadah dirampas

KOTA BHARU - Dua lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah di berkas dan dadah bernilai RM700,000 dirampas dalam dua serbuan di daerah ini dan Tumpat pada minggu lalu. Kedua suspek merayu supaya tidak ditahan dan cuba menyogok anggota polis dengan wang. Polis menemui 10 bungkusan teh yang mengan...

12/12/2018 | KOSMO

CCRC Tampoi bakal jadi pusat rawatan sakit mental penagih dadah

JOHOR BAHRU - Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Tampoi bakal dijadikan pusat rawatan penagih dadah yang menghidap penyakit mental. Menurut Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, ini ekoran kedudukan CCRC Tampoi yang terletak berdekatan denga...

11/12/2018 | KOSMO

Polis Maghribi rampas lebih satu tan kokain

RABAT, MAGHRIBI - Kerajaan Maghribi berjaya merampas lebih daripada satu tan kokain dan menahan tujuh individu disyaki terbabit menyeludup dadah itu dari Amerika Selatan ke Eropah. Biro Siasatan Kehakiman Pusat menyatakan kokain itu ditemui di dalam sebuah trak bersama sebuah bot di bandar pelabu...

10/12/2018 | KOSMO