Utama Thursday, 18 April 2024 | Unit Pusat Sumber | Agensi Antidadah Kebangsaan Carian

Harian Metro

Lalok depan anak

AMPANG - Pasangan kekasih antara 12 individu yang ditahan AADK Daerah Ampang di rumah yang didiami mereka di Taman Cahaya petang kelmarin. Dalam serbuan itu penguat kuasa AADK juga mendapati kanak-kanak berusia empat tahun tinggal bersama di rumah yang dijadikan port melepaskan gian pasangan itu...

07/09/2018 | HARIAN METRO

Pecah rahsia dua tokan dadah

GEORGETOWN - Rahsia hidup mewah dua sahabat terbongkar apabila mereka didapati menyara hidup dengan wang diperoleh daripada hasil mengedar dadah. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A Thaiveegan berkata, dalam serbuan bermula 12 tengah hari hingga 7 malam, dua suspek berusia 39 dan 46 tahun pada...

06/09/2018 | HARIAN METRO

Tauke ketum masuk jerat

PADANG TERAP - Serbuan polis di dua blok rumah ladang di Kampung Lamdin, Naka, dekat sini, malam kelmarin, menyelamatkan 23 warga Kemboja termasuk tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi dengan bekerja sebagai pengutip daun ketum sejak enam bulan lalu.

05/09/2018 | HARIAN METRO

Famili RM1.361 juta

MUAR - Polis menahan suami isteri dan dua anak mereka serta merampas dadah jenis ekstasi dianggarkan bernilai RM1.361 juta dalam serbuan di rumah di Taman Permata Indah, Sungai Abong, Muar, Khamis lalu. Pemeriksaan di rumah terbabit dan kereta jenis Nissan Teana kemudiannya menemui serbuk ekstasi...

04/09/2018 | HARIAN METRO

Syabu dalam bungkusan teh Cina RM54j dirampas

GEORGETOWN - JSJN Bukit Aman merampas syabu dalam bungkusan teh Cina seberat lebih satu tan dalam serbuan di sebuah stor di Jelutong, Jumaat lalu. Difahamkan syabu itu diseludup dari negara jiran dan negeri ini dijadikan hab sebelum dadah terbabit dihantar ke luar negara.

03/09/2018 | HARIAN METRO

Angkut syabu ‘murah’

GEORGETOWN - POLIS narkotik Bukit Aman merampas syabu 1,066 kilogram bernilai RM54 juta dalam serbuan di stor di Jelutong, Georgetown, Jumaat lalu. Serbuan terbabit dilakukan jam 4 petang dan pihaknya menemui dadah berkenaan yang ketika itu disimpan dalam lori. Pulau Pinang dijadikan hab sebel...

03/09/2018 | HARIAN METRO

Kejar 196km

KUANTAN - Seorang pengedar dadah yang dikejar polis sejauh 196km dari daerah ini hingga ke FELDA Jengka 19 di Maran dapat meloloskan diri apabila keretanya terbabas ke kawasan semak. Sementara itu seorang penganggur ditahan di FELDA Keratong 2 dalam Ops Tapis dan pemeriksaan menemukan dadah jenis...

30/08/2018 | HARIAN METRO

‘Ubat cuci’ elak kantoi

KUALA LUMPUR - Pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah kini semakin membimbangkan apabila dadah dijual pada harga serendah RM1 hingga RM5, selain dibekalkan ‘ubat cuci’ bagi mengelak ujian air kencing ‘kantoi’. Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama...

30/08/2018 | HARIAN METRO

Enam lubuk dadah diserbu

KUALA KUBU BHARU - Enam lubuk dadah yang mejadi tumpuan kaki lalok diserbu AADK Hulu Selangor dalam Op Perdana pada Isnin lalu. AADK turut menahan 23 individu dan 19 daripada mereka positif dadah jenis heroin, syabu dan ganja.

30/08/2018 | HARIAN METRO

Dua lelaki edar dadah ditahan

Dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah jenis heroin dan syabu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Klebang Mutiara di sini, kelmarin. Pemeriksaan lanjut polis menemui beberapa bungkusan dadah dipercayai heroin seberat 1.37 kilogram dan methamphetamine seberat...

29/08/2018 | HARIAN METRO

7 ditahan, rampas dadah RM8.55j

GEORGETOWN - POLIS menahan tujuh anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas 427,600 biji pil kuda bernilai RM8.55 juta dalam tiga serbuan berasingan di Pulau Pinang sejak 19 hingga 24 Ogos lalu. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A Thaiveegan berkata, semua suspek termasuk tiga pelajar kolej...

28/08/2018 | HARIAN METRO

Lima tokan dadah ditahan, 2.3kg heroin dirampas

Muar : Lima tokan berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan dengan sejumlah barangan termasuk dadah dirampas dalam tiga serbuan berasingan, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Zaharuddin Md Rasip berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk tiga kenderaan Honda Civic, Toyota Camry d...

27/08/2018 | HARIAN METRO

RM1 billion terkandas

KUALA LUMPUR - Pelbagai jenis dadah termasuk syabu bernilai lebih RM1 billion berjaya dirampas pihak berkuasa Thailand sejak hampir setahun lalu. Dadah berkenaan akan diseludup ke Malaysia sebagai transit sebelum dibawa kebeberapa negara lain seperti Filipina, Indonesia dan Australia.

24/08/2018 | HARIAN METRO

Pulau Pinang transit dadah

GEORGETOWN - Pulau Pinang dipercayai menjadi negeri transit bagi aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah berikutan kejayaan polis menumpaskan sindiket itu dengan rampasan terbesar tahun ini melebihi setengah tan bernilai RM26.1 juta di sini, Selasa lalu. Dadah terbabit ditemukan hasil serbuan...

24/08/2018 | HARIAN METRO

Nelayan tokan dadah ditahan

BATU PAHAT - Seorang nelayan disyaki aktif mengedar dadah dalam kalangan nelayan termasuk pasaran di sekitar daerah ini dicekup polis ketika berada di rumahnya di Minyak Beku, di sini. Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan heroin seberat 34.4 gram, 0.6 gram (syabu) dan sebiji pil Eramin 5.

24/08/2018 | HARIAN METRO