Utama Tuesday, 30 April 2024 | Unit Pusat Sumber | Agensi Antidadah Kebangsaan Carian

Sinar Harian

Op Hibur: 11 penjawat awam antara 49 individu ditahan kerana dadah

11 penjawat awam antara 49 individu yang ditahan dalam operasi khas di sebuah premis hiburan di Batu Pahat pada awal pagi Ahad.

29/04/2024 | SINAR HARIAN

Perjuangan Eminem melawan najis dadah

Penyanyi rap, Eminem, berkongsi 'perjuangannya' bebas daripada penyalahgunaan dadah selama 16 tahun baru-baru ini.

28/04/2024 | SINAR HARIAN

Op Samseng Jalanan: 85 saman dalam tempoh lima jam

Polis mengeluarkan 85 saman ke atas pengguna jalan raya yang didapati gagal mematuhi undang-undang dalam Op Samseng Jalanan di Pasir Tumboh dan Peringat, Jumaat lalu.

28/04/2024 | SINAR HARIAN

Tokan pil yaba dicekup polis

Seorang lelaki ditahan selepas didapati memiliki 823 biji pil yaba bernilai kira-kira RM12,345 dalam satu serbuan di Taman Wira, Kampung Kedap, Rantau Panjang pada Jumaat.

28/04/2024 | SINAR HARIAN

20 anjing pengesan bantu JKDM banteras penyeludupan dadah

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam proses perolehan mendapatkan 20 ekor anjing pengesan dadah bagi membanteras sindiket penyeludupan pengedaran dadah di negara ini.

27/04/2024 | SINAR HARIAN

Geng Bean tumpas, dua lagi suspek diburu

Kelicikan Geng Bean yang aktif mencuri motosikal di Lembah Klang dan Pahang sejak dua tahun lalu akhirnya kecundang apabila perancang utama diberkas pada Isnin.

26/04/2024 | SINAR HARIAN

Dua buruh binaan seludup dadah RM1.76 juta

Tindakan nekad dua buruh binaan termasuk seorang lelaki warga Indonesia menyembunyikan dadah dalam bagasi dan beg sandang membongkar kegiatan penyeludupan menerusi tangkapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan serbuan di sebuah unit kondominium di Seri Kembangan pada Isnin.

25/04/2024 | SINAR HARIAN

Tidak sempat tatap wajah anak pertama lahir

Seorang lelaki tidak dapat menatap bayi sulungnya yang baru dilahirkan selepas dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

24/04/2024 | SINAR HARIAN

Bekas pekerja samun kedai R&R

Seorang bekas pekerja sebuah kedai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun ditahan kerana disyaki melakukan samun berkumpulan di kedai terbabit, 17 April lalu.

23/04/2024 | SINAR HARIAN

Beli dadah hasil sedekah

Seorang penganggur mengaku membeli dadah hasil sedekah daripada orang ramai di kawasan bank dan kedai makan sekitar Sungai Petani.

20/04/2024 | SINAR HARIAN

Yasin diberi masa sebulan lantik peguam

Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memberi masa sebulan kepada penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya berhubung kes dadah, November tahun lalu.

20/04/2024 | SINAR HARIAN

Bapa didakwa bunuh anak kandung

Seorang bapa didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh anak kandung lelakinya berusia enam bulan di sebuah unit pangsapuri, Ahad lalu.

20/04/2024 | SINAR HARIAN

Bapa kandung disyaki bunuh bayi enam bulan

Polis menahan seorang lelaki disyaki membunuh anak kandungnya yang baru berusia enam bulan di sebuah pangsapuri di Beranang, Isnin lepas.

18/04/2024 | SINAR HARIAN

Amang seksual: Baru seminggu bebas dah buat ‘demostrasi’

“Saya hanya lakukan demonstrasi.” Itu alasan diberikan seorang bekas banduan yang didakwa melakukan amang seksual dengan menunjukkan video lucah kepada adik perempuannya yang berusia 17 tahun pada 6 dan 8 April lalu.

16/04/2024 | SINAR HARIAN

Lelaki mengamuk selepas bertengkar dengan adik

Hanya kerana pertengkaran kecil dengan adik perempuannya, seorang lelaki yang ketagihan dadah mengamuk dan meracau di rumah ibunya di Merbau Sempak di sini pada Jumaat.

15/04/2024 | SINAR HARIAN