Utama Friday, 26 April 2024 | Unit Pusat Sumber | Agensi Antidadah Kebangsaan Carian

Kosmo

Sumbat daun ketum dalam kereta

ARAU – Hasrat dua lelaki untuk menjual 300 kilogram daun ketum bernilai RM2,000 ke Thailand tidak kesampaian apabila kereta yang mereka naiki dipintas polis peronda dalam kejadian di Jalan Kampung Sena di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kejadian pada pu...

24/05/2017 | KOSMO

Peguam terlepas tali gantung

SEREMBAN – Seorang peguam bernasib baik apabila terselamat daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam melepaskan dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar methamphetamine dan ganja tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Siti Mariam Othman memutuskan de...

23/05/2017 | KOSMO

Polis tahan tiga lelaki rampas syabu, heroin lebih 13 kilogram

Seberang Perai - Polos menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan merampas heroin dan syabu seberat lebih 13 kilogram di sekitar Butterworth. Tiga individu ditahan dalam serbuan tersebut.

23/05/2017 | KOSMO

Polis Sepang buru lelaki bekal dadah kepada pramugari

SEPANG – Polis menahan enam pramugari yang berada dalam keadaan khayal bersama enam orang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah tiga tingkat di Kota Warisan di sini kelmarin selepas mereka dipercayai berpesta dadah. Dalam serbuan pada pukul 1.30 petang, kesemua 12 individu yang ditangkap itu masih...

22/05/2017 | KOSMO

Pesta liar berakhir di lokap

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan 38 muda-mudi berhibur sambil menari dalam ke­adaan khayal sambil diiringi muzik kuat mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Resort Jeti Feri Minyak Beku, Batu Pahat dekat sini semalam. Dalam serbuan pukul 7 pagi itu, seramai 27 lelaki dan 11 wanita beru...

22/05/2017 | KOSMO

Polis Thai rampas 2.2 juta pil yaba

BANGKOK – Dua lelaki memandu sebuah lori pembancuh simen berisi 2.2 juta pil methamphetamine atau dikenali sebagai yaba diberkas pada Sabtu lalu semasa mereka menuju ke Hatyai, selatan Thailand untuk menyerahkan barangan haram itu. Mereka ditahan di wilayah Chumphon enggan mendedahkan apa-apa mak...

18/05/2017 | KOSMO

Campur ekstasi dalam serbuk minuman

SERDANG – Taktik satu sindiket mencampurkan serbuk ekstasi dengan serbuk berperisa buah-buahan dalam peket minuman bagi mengaburi mata pihak polis berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya lima suspek di Puchong di sini pada Isnin lalu. Kesemua lima suspek termasuk seorang wanita berusia lingkunga...

18/05/2017 | KOSMO

Penagih dadah miliki senjata api buatan sendiri ditahan

Kunak - Taktik seorang penagih menyembunyikan senjata api terbongkar apabila polis menyerbu sebuah kediaman di Kilang Sawit Kinabalu, Ulu Madai kelmarin. Turut ditemui satu peket lut sinar mengandungi syabu dan beberapa peralatan lain untuk membuat senjata api.

18/05/2017 | KOSMO

Polis Pulau Pinang beri kerjasama isu dadah

George Town - Polis Pulau Pinang memberi kerjasama sekiranya ada antara anggota atau pegawai yang didapati terlibat dalam melindungi sindiket dadah. Ketua Polis negeri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan TPM yang tidak akan berkompromi dengan 16 anggota polis yang dipercayai terlibat melind...

18/05/2017 | KOSMO

Tiada kompromi jika polis jadi tali barut sindiket pengedaran dadah

ISKANDAR PUTERI - Kementerin Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan kes 16 anggota polis termasuk pegawai kanan yang ditahan kerana disyaki terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau memandang serius berkenaan sala...

17/05/2017 | KOSMO

Simpan dadah di pusat hiburan

IPOH - Polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam sendiket pengedaran dadah jenis eramin 5, pil kuda dan ketamin yang bernilai lebih RM300,000 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Manjung dekat sini Ahad lalu. Suspek yang berusia 29 dan 45 tahun itu diberkas...

17/05/2017 | KOSMO

Polis berkas lelaki sedang tunggu pembeli dadah di tepi jalan

IPOH - Seorang lelaki tidak sempat menjual dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM80,000 kepada pembeli selepas dia diberkas polis di Jalan Merbuk 1, Parit Buntar dekat sini Ahad lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata sewaktu tangkapam dilakukan, polis menjumpai dadah jenis her...

17/05/2017 | KOSMO

Polis tali barut geng jahat lindungi sindiket dadah

SERAMAI 16 anggota polis, termasuk enam pegawai yang dipercayai melindungi kegiatan kongsi gelap Geng 36 yang aktif dalam pengedaran dadah di negara ini, ditahan dalam Ops Kabaddi secara besar-besaran baru-baru ini. Kesemua mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur terdir...

16/05/2017 | KOSMO

Mamat mengaku ambil syabu

JOHOR BAHRU – Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengambil dadah jenis syabu pada tahun 2011 lalu. Majistret Noor Aisyah Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh setelah Mam...

16/05/2017 | KOSMO

Lelaki sorok kokain di dalam tin coklat bernilai RM1 juta diberkas di KLIA

Kuala Lumpur - Seorang warga tempatan yang menyorok dadah jenis kokain di dalam enam tin coklat berjaya ditangkap polis di KLIA pada Jumaat lalu. Lelaki itu dipercayai keldai dadah diberkas selepas dia tiba di KLIA dari sebuah negara Afrika. Dadah itu dipercayai untuk pasaran negara jiran.

16/05/2017 | KOSMO