Utama Tuesday, 30 April 2024 | Unit Pusat Sumber | Agensi Antidadah Kebangsaan Carian

Sinar Harian

Pondok polis Pasar Jelawat dibakar

Sebuah pondok polis di Pasar Jelawat di Bachok dibakar oleh seorang lelaki bermotosikal pada awal pagi Ahad. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa. "Selang beberapa jam selepas kejadian tersebut, kami menahan dua suspek lelaki...

13/09/2021 | SINAR HARIAN

Pemandu Mitsubishi Triton ambil ganja

Shah Alam - Pemandu pacuan empat roda yang memandu secara melawan arus dan merempuh sebuah kereta mengakibatkan dua maut dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad disahkan positif ganja. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ya...

13/09/2021 | SINAR HARIAN

Empat anggota polis dicekup di pusat hiburan

Klang - Empat anggota polis antara 35 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Sabtu. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota JIPS Bukit Ama...

13/09/2021 | SINAR HARIAN

Empat anggota polis dicekup di pusat hiburan

Klang - Empat anggota polis antara 35 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Sabtu. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota JIPS Bukit Ama...

13/09/2021 | SINAR HARIAN

Pemandu lori tidak mengaku pandu bawah pengaruh dadah

Kuala Lumpur – Seorang pemandu lori yang tular di media sosial selepas merempuh lima kenderaan termasuk sebuah kereta Perodua Myvi hingga remuk di Jalan Ipoh Isnin lalu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat. Ardi Latif, 25,...

11/09/2021 | SINAR HARIAN

Tak dapat wang, penagih tikam adik

Beaufort - Akibat tidak dapat wang untuk membeli dadah, seorang penagih mengamuk sebelum bertindak menikam kepala adiknya dalam kejadian di Kampung Pintas di sini pada Rabu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lelaki berusia 31 tahun terbabit mengamuk dan merosakkan barang-barang selepas g...

10/09/2021 | SINAR HARIAN

Perlu tegas tangani pemandu di bawah pengaruh dadah

Kuala Lumpur - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu lebih tegas dalam menguatkuasakan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) selain melakukan pemeriksaan mengejut dengan lebih kerap bagi membendung masalah pemandu lori yang memandu bawah pengaruh dadah. Penganalisis Jenayah, D...

09/09/2021 | SINAR HARIAN

Polis rampas syabu disorok dalam bungkusan teh Cina

Gombak - Empat suspek yang dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah ditahan bersama 7.14 kilogram syabu dalam satu serbuan di kawasan tempat letak kereta di Jalan TIB 1A, Taman Bolton, Batu Caves di sini pada 30 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Moham...

09/09/2021 | SINAR HARIAN

Sindiket ketum tumpas

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor merampas daun dan air ketum menerusi tujuh serbuan sekitar Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Iskandar Puteri dan Tangkak pada 27 Ogos hingga 4 September lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ser...

08/09/2021 | SINAR HARIAN

Rampas 8 tan daun ketum sebulan

Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim berjaya merampas 8 tan daun ketum bernilai RM239,010 sepanjang sebulan penugasan Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand di sini. Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim, Superintendan Md Dali Jamil berkata, jumlah itu melibatkan rampasan di darat sebanyak...

02/09/2021 | SINAR HARIAN

Mekanik ditahan di bengkel miliki syabu

Kajang - Seorang mekanik antara dua lelaki yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di sebuah bengkel kenderaan di Taman Desa Seroja Jalan Reko di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Zaid berkata berusia 30-an dan 40-an itu ditahan pada jam 1 pagi.

01/09/2021 | SINAR HARIAN

Ketum tidak wajar ditanam di negara ini - Pakar

Sah Alam - Tanaman ketum di Malaysia adalah tidak wajar walaupun kerajaan Thailand mengambil langkah mengeluarkan tanaman itu daripada senarai dadah. Pakar Kriminologi dan Koreksional, Dr Norruzeyati Che Mohd Nasir berkata, isu ketum memerlukan kajian yang sangat teliti dan berhati-hati memandangkan...

30/08/2021 | SINAR HARIAN

Timbang benarkan tanaman ketum & hemp

Kerajaan dimimta supaya menimbangkan kebenaran untuk menanam tanaman hemp dan ketum selepas Thailand mengambil langkah mengeluarkan kedua-duanya daripada senarai dadah. Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kedua-dua jenis tanaman itu bukan sahaja mampu memberi kebaikan da...

30/08/2021 | SINAR HARIAN

Ramai polis terlibat dadah

Isu melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan penjawat awam, anggota dan pegawai polis di Johor mencatatkan angka yang serius dan membimbangkan. Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 56 anggota polis diambil tindakan melibatkan 13 anggota di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952, empa...

28/08/2021 | SINAR HARIAN

Dadah RM6.6 juta dirampas di KLIA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpaskan cubaan menyeludup keluar dadah dianggarkan bernilai RM6.624 juta melalui perkhidmatan kargo udara pada 16 Ogos lepas. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, kegiatan tersebut terbongkar selepas pemeriksaan pada jam 5.40 petang ke...

27/08/2021 | SINAR HARIAN